SleekJunior

Ciri-ciri

Penyelesaian

Untuk tadika & kindergarten

Sistem pengurusan tadika yang guru dan ibu bapa betul-betul guna

SleekJunior menggantikan buku kehadiran, fail Excel yuran dan kumpulan WhatsApp kelas dengan satu sistem tadika dalam talian. Guru tanda kehadiran dari telefon, pejabat keluarkan invois yuran sekelas sekali gus, dan ibu bapa nampak semuanya dalam aplikasi mereka sendiri.

Dibina untuk tadika swasta di Malaysia โ€” kelas 4, 5 dan 6 tahun, yuran bulanan atau ikut penggal, dan pengusaha yang mungkin membuka cawangan kedua tahun depan.

๐Ÿ”’ tadikaceria.sleekjunior.my/dashboard

Good morning, Puan Salmah

Tuesday, 7 October
All branches โ–พ
Students186
Present today94%
OutstandingRM 4,180
Staff21

Attendance today by class

Bunga Raya ยท 6Y
96%
Melati ยท 5Y
92%
Orkid ยท 4Y
95%
Kekwa ยท Toddler
88%
Papan pemuka sekolah: murid, kehadiran hari ini, yuran tertunggak dan staf โ€” sekilas pandang.

Paparan contoh dengan data rekaan. Portal sekolah kini dalam Bahasa Inggeris.

Apa yang sistem tadika ini selesaikan

Rekod murid di satu tempat

Profil murid, penjaga, kelas dan dokumen pendaftaran dalam satu senarai โ€” boleh dicari, bukan bertaburan dalam fail dan telefon guru.

Kehadiran harian dalam seminit

Guru tanda hadir, tidak hadir, lewat atau bercuti terus dari senarai kelas, atau imbas kod QR murid di pintu masuk.

Yuran yang tidak perlu dikejar

Tetapkan struktur yuran sekali, jana invois untuk seluruh kelas, rekod bayaran tunai atau pindahan, dan ibu bapa terima invois PDF.

Ibu bapa sentiasa tahu

Kehadiran, invois, pengumuman dan mesej guru dalam aplikasi ibu bapa โ€” boleh dipasang di skrin utama telefon.

๐Ÿ”’ tadikaceria.sleekjunior.my/attendance/12/mark

Mark attendance โ€” Bunga Raya (6 Years)

Tuesday, 7 October ยท 6 students
Scan QR
4 Present1 Absent1 Late0 Excused
StudentStatusNotes
ARAisyah Rahman Present Checked in 7:42
DLDaniel Lim Present Checked in 7:50
AKArjun Kumar Absent Parent notified 8:31
NINur Iman Late Arrived 8:20
MLMei Ling Tan Present Checked in 7:55
HZHarith Zaki Present
Lihat di dalam sistem

Guru menanda kehadiran kelas dari senarai murid; ibu bapa anak yang tidak hadir dimaklumkan serta-merta.

Paparan contoh dengan data rekaan. Portal sekolah kini dalam Bahasa Inggeris.

Aplikasi tadika untuk pejabat, guru dan ibu bapa

Setiap orang di tadika anda log masuk ke portal sekolah anda sendiri (contohnya namatadika.sleekjunior.my) dan hanya nampak kerja mereka. Pengetua nampak semua. Guru nampak kelas yang mereka ajar. Ibu bapa nampak anak mereka sahaja.

Tiada aplikasi untuk dimuat turun dari App Store โ€” portal ini boleh dipasang terus ke skrin utama telefon Android dan iPhone, dan menghantar notifikasi seperti aplikasi biasa.

Software tadika tanpa pemasangan atau pelayan

SleekJunior ialah software tadika berasaskan awan. Anda tidak perlu membeli pelayan, memasang apa-apa di komputer pejabat atau menyimpan sandaran sendiri. Buka pelayar, log masuk, mula bekerja.

  • Portal bertanda nama tadika anda sendiri
  • Data setiap sekolah diasingkan daripada sekolah lain
  • Guna di komputer pejabat, tablet atau telefon
  • Tambah cawangan baharu tanpa akaun baharu

Bila tadika anda berkembang ke cawangan kedua

Kebanyakan sistem menganggap anda mengendalikan satu bangunan. SleekJunior menganggap setiap murid, invois dan rekod kehadiran milik sesebuah cawangan โ€” jadi ibu pejabat boleh melihat semua cawangan sekali gus, dan admin cawangan hanya melihat cawangan mereka.

Cara bermula

Hantar permohonan demo โ€” beritahu kami nama tadika dan bilangan cawangan.

Kami sediakan portal tadika anda dan akaun pengetua.

Masukkan kelas, guru dan murid โ€” atau kongsi borang pendaftaran online kepada ibu bapa.

Guru mula tanda kehadiran; pejabat mula keluarkan invois yuran.

Soalan lazim

Sistem pengurusan tadika ialah perisian yang menyimpan rekod murid, kehadiran, yuran dan komunikasi dengan ibu bapa di satu tempat, menggantikan buku rekod, Excel dan kumpulan WhatsApp. SleekJunior ialah sistem tadika dalam talian yang dibina untuk tadika swasta di Malaysia.

Ya. Pakej Starter dibina untuk satu cawangan. Anda boleh mula dengan satu kelas dan menambah kelas, guru dan cawangan kemudian tanpa memindahkan data.

Tidak perlu ke App Store atau Play Store. Ibu bapa log masuk ke portal tadika anda melalui pelayar, dan boleh memasangnya di skrin utama telefon supaya ia dibuka seperti aplikasi dan menerima notifikasi.

Ya. Tanda kehadiran, imbas kod QR murid, catat laporan harian dan balas mesej ibu bapa semuanya boleh dibuat dari telefon guru.

Harga bergantung kepada bilangan cawangan dan murid aktif anda. Gunakan kalkulator di halaman harga untuk melihat pakej dan harga bulanan yang tepat.

Lihat sendiri bagaimana ia berfungsi

Ceritakan tentang sekolah anda dan kami akan sediakan demo yang anda boleh cuba sendiri โ€” tiada pemasangan, tiada bayaran.

Cuba Demo