Sistem yuran tadika: tahu siapa belum bayar, tanpa buka Excel
Hujung bulan di tadika biasanya bermaksud fail Excel, senarai semak dan mesej peringatan satu demi satu. SleekJunior menjadikan kutipan yuran satu aliran: struktur yuran ditetapkan sekali, invois dijana sekelas, dan baki setiap murid dikemas kini sebaik bayaran direkod.
Invoices
October ยท all classes| Invoice # | Student | Amount | Status |
|---|---|---|---|
| INV-0412 | Aisyah Rahman | RM 450.00 | Paid |
| INV-0413 | Daniel Lim | RM 450.00 | Partial |
| INV-0414 | Arjun Kumar | RM 450.00 | Unpaid |
| INV-0388 | Nur Iman | RM 420.00 | Overdue |
| INV-0415 | Mei Ling Tan | RM 450.00 | Paid |
Paparan contoh dengan data rekaan. Portal sekolah kini dalam Bahasa Inggeris.
Struktur yuran
Yuran bulanan, yuran pendaftaran, yuran makan atau aktiviti โ ditetapkan per kelas atau program, sekali sahaja.
Invois sekelas sekali gus
Jana invois untuk seorang murid atau seluruh kelas dalam satu langkah. Ibu bapa dimaklumkan apabila invois baharu dikeluarkan.
Rekod bayaran
Tunai, pindahan bank atau cek direkod terhadap invois. Baki dan lejar setiap murid dikemas kini sendiri.
Invois PDF
Ibu bapa boleh membuka dan memuat turun invois mereka dalam portal ibu bapa.
October fees
Partially paidDue 15 October
Pay RM 250.00 online Download PDFIbu bapa melihat butiran invois, baki dan tarikh akhir, dan memuat turun PDF.
Paparan contoh dengan data rekaan. Portal sekolah kini dalam Bahasa Inggeris.
Kutipan yuran taska dan tadika secara online
Ibu bapa melihat invois, tarikh akhir dan sejarah bayaran dalam portal mereka sendiri โ tiada lagi "berapa yuran bulan ni, cikgu?". Pejabat pula melihat semua invois tertunggak di satu senarai, mengikut kelas atau cawangan.
Bagi sekolah yang telah mengaktifkan akaun CHIP mereka sendiri, ibu bapa boleh membayar invois secara online (FPX dan kad) dan bayaran direkod secara automatik terus ke akaun sekolah.
Invois dan resit yuran tadika yang kemas
Setiap invois mempunyai nombor, butiran item, jumlah dan status โ belum dibayar, dibayar sebahagian, dibayar atau lewat bayar. Invois kekal seperti yang dikeluarkan: kenaikan yuran bulan depan tidak mengubah invois bulan lepas.
- Invois bernombor dengan butiran item
- Bayaran separa dan baki tertunggak
- Lejar bayaran setiap murid
- Notifikasi kepada ibu bapa apabila invois dikeluarkan dan bayaran diterima
Cara ia berfungsi
Tetapkan struktur yuran untuk setiap kelas atau program.
Jana invois bulanan untuk seluruh kelas.
Ibu bapa terima notifikasi dan lihat invois dalam portal.
Rekod bayaran apabila diterima โ baki dikemas kini sendiri.
Soalan lazim
Baca juga
Lihat sendiri bagaimana ia berfungsi
Ceritakan tentang sekolah anda dan kami akan sediakan demo yang anda boleh cuba sendiri โ tiada pemasangan, tiada bayaran.
Cuba Demo