Sistem pengurusan taska untuk hari yang tidak pernah sama
Taska bukan tadika kecil. Anak 0 hingga 4 tahun perlu direkod makan, tidur dan lampinnya, ibu bapa mahu tahu keadaan anak setiap hari, dan setiap ketidakhadiran yang tidak dimaklumkan perlu disusuli.
SleekJunior ialah sistem pengurusan pusat jagaan kanak-kanak yang menggabungkan kehadiran, laporan harian, foto dan yuran — supaya pengasuh boleh fokus kepada anak, bukan kertas.
Tuesday, 7 October · Kekwa (Toddler)
Paparan contoh dengan data rekaan. Portal sekolah kini dalam Bahasa Inggeris.
Dibina untuk rutin taska
Laporan harian setiap anak
Susu, makan, tidur, lampin, ubat, mood dan aktiviti — dicatat sepanjang hari dan dihantar kepada ibu bapa sebagai satu ringkasan pada waktu petang.
Tidak hadir? Ibu bapa dimaklumkan
Sebaik anak ditanda tidak hadir atau lewat, ibu bapa menerima e-mel dan notifikasi dalam aplikasi — membantu taska mematuhi SOP menghubungi ibu bapa.
Foto yang menghormati persetujuan
Foto hanya boleh ditag kepada anak yang ibu bapanya telah memberi persetujuan, disimpan secara peribadi dan dipadam jika persetujuan ditarik balik.
8:31
Tuesday, 7 October
Arjun Kumar was marked absent
Dear Mr Kumar, we want to inform you that Arjun was marked Absent…
Notifikasi tidak hadir sampai ke telefon ibu bapa sebaik anak ditanda.
Paparan contoh dengan data rekaan. Portal sekolah kini dalam Bahasa Inggeris.
Aplikasi taska yang ibu bapa buka setiap petang
Ibu bapa yang bekerja tidak mahu membaca 40 mesej dalam kumpulan WhatsApp. Mereka mahu tahu satu perkara: bagaimana hari anak saya? Laporan harian SleekJunior mengumpul semua catatan pengasuh dan foto anak itu menjadi satu ringkasan yang dihantar pada waktu petang.
Laporan harian, foto dan pengurusan staf termasuk dalam pakej Growth ke atas.
Sistem pengurusan pusat jagaan kanak-kanak, dari pendaftaran hingga yuran
Ibu bapa mengisi borang pendaftaran online — maklumat anak, alahan, kenalan kecemasan, dokumen dan tandatangan. Pejabat menyemak dan meluluskan, dan akaun ibu bapa dicipta secara automatik. Selepas itu, yuran bulanan diinvois sekelas sekali gus dan bayaran direkod apabila diterima.
- Kenalan kecemasan dan penjaga tambahan untuk setiap anak
- Kehadiran masuk dan keluar dengan kod QR
- Invois PDF yang ibu bapa boleh simpan
- Pengumuman dan kalendar acara taska
Sehari di taska dengan SleekJunior
Anak diimbas masuk di pintu — ibu bapa terima notifikasi.
Pengasuh catat susu, makan, tidur dan aktiviti dari telefon.
Anak yang tidak hadir tanpa makluman ditanda — ibu bapa dimaklumkan serta-merta.
Pada waktu petang, ibu bapa terima ringkasan hari anak mereka.
Soalan lazim
Lihat sendiri bagaimana ia berfungsi
Ceritakan tentang sekolah anda dan kami akan sediakan demo yang anda boleh cuba sendiri — tiada pemasangan, tiada bayaran.
Cuba Demo